Antarabangsa Bola Sepak

Ini baru Real Madrid !


Benzema pamer bisa dengan sumbat dua gol untuk Madrid.

GERGASI La Liga, Real Madrid mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini selepas membenam Borussia Monchengladbach 2-0 aksi terakhir kumpulan.

Dua jaringan penyerang veteran, Karim Benzema pada separuh masa pertama menamatkan kerunsingan pemain Madrid yang tertekan sebelum perlawanan.

Los Blancos terdesak memburu mata penuh pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Alfredo di Stefano jika mahu lolos ke pusingan sete­rusnya.

Malah, pengendalinya, Zinedine Zidane puas hati apabila pemain Madrid kembali mempamerkan prestasi sebenar.

“Pemain telah mendengar setiap arahan taktikal yang ditetapkan dengan mendominasi saingan seawal minit pertama sekali gus memudahkan perancangan mereka untuk meraih tiga mata penuh.

“Harap pasukan dapat lebih konsisten supaya sasaran musim ini dapat dicapai,” katanya dipetik Agensi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading