Bola Sepak Semasa Terkini

FAM – PSM bakal meterai lanjutan perjanjian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Merdeka (PSM) dijangka   memeterai perjanjian lanjutan dalam usaha menaikkan lagi imej bola sepak negara.

Sebelum ini FAM – PSM menandatangani perjanjian bersama pada Ogos tahun lalu.

Menerusi perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 itu, Stadium Nasional kini menjadi gelanggang sendiri skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi, sekali gus diiktiraf sebagai ‘Rumah Harimau Malaya.’

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata,  FAM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan PSM ini yang mana lanjutan perjanjian ini dilihat akan terus menaikkan lagi imej bola sepak negara.

“PSM membuktikan mereka sentiasa tampil ke hadapan dalam mengambil inisiatif membantu bola sepak di peringkat kebangsaan.

“Maklumat lanjut mengenai kerjasama dan lanjutan kepada perjanjian sedia ada ini akan diumumkan kelak,” ujarnya selepas mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes, semalam

Pada masa sama,  Hamidin bersama Fernandes turut berkongsi idea mengenai cara terbaik dalam memastikan kelangsungan bola sepak dalam situasi tidak menentu ini.

Hadir sama, Naib Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: