Bola Sepak Terkini

Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Lapor Utusan Online, dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers mengucapkan salam takziah kepada Shafiq dan keluarga.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau.

“Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: