Bola Sepak

Henti sebar gambar, video Shafiq

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ORANG ramai digesa supaya tidak menyebarkan gambar dan video kemalangan penyerang negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad.

Dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi, ia sebagai menjaga sensitiviti dan perasaan Muhammad Syafiq dan keluarga.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau.

“Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” kata Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Cakap Sukan hari ini melaporkan Muhammad Syafiq, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: