Antarabangsa Bola Sepak

Lampard beri amaran


AMARAN awal diterima setiap pemain Chelsea menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Stamford Bridge awal pagi esok.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya mengekalkan aksi konsisten terutama selepas tampil cemerlang pada kempen Eropah.

The Blues membelasah Sevilla 4-0 pada aksi Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Ramon Sanchez Pijzuan kelmarin.

“Saya tidak mahu melihat penurunan prestasi ketika melayan kunjungan Leeds nanti.

“Pemain harus bermain lebih konsisten sekiranya mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: