Antarabangsa Bola Sepak

Stephanie Frappart lakar sejarah


Frappart diberi penghormatan adili aksi Liga Juara-Juara.

PERLAWANAN Juventus dan Dynamo Kiev pada awal lagi Khamis ini akan menjadi sejarah baru.

Untuk kali pertama, pertandingan elit Eropah itu bakal diadili oleh pengadil wanita.

Memetik laporan Sky Sports, pertandingan Juventus bertemu wakil Ukraine itu bakal dipimpin oleh pengadil wanita asal Perancis, Stephanie Frappart,36.

Untuk rekod, Frappart menjadi pengadil FIFA sejak 2009.

Salah satu pertandingan terbesar yang pernah diadili adalah aksi Amerika Syarikat berdepan Belanda pada final Piala Dunia Wanita 2019.


Add Comment

Click here to post a comment