Bola Sepak Terkini

Devan dilantik Ketua Jurulatih Negeri Sembilan


Devan sah membimbing Negeri Sembilan mengharungi saingan Liga Premier musim depan.

 

BEKAS pengendali Negeri Sembilan musim 2003 hingga 2006, K Devan sah kembali membimbing skuad Hobin Jang Hobin bagi musim 2021.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, satu seisi temuduga  telah dijlankan pada 30 November yang disertai Ahli Jawatankuasa Eksekutif PBNS.

“Satu keputusan telah dicapai melalui kata sepakat untuk melantik K Devan sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan bagi musim 2021,” jelasnya melalui siaran media yang dikeluarkan PBNS sebentar tadi.

Tunku Syed Razman berkata, K Devan merupakan bekas pemain Negeri Sembilan dan jurulatih tempatan yang berpengalaman serta antara jurulatih mengumpul trofi kejuaraan paling banyak sepanjang kariernya selaku ketua jurulatih.

“Anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan ini telah mencapai pelbagai kejayaan dengan kelab-kelab yang pernah dibimbingnya dan saya yakin serta percaya dengan pengalaman dan pencapaian beliau perolehi dapat membimbing pasukan untuk layak ke saingan Liga Super 2020,” tegasnya.

Devan pernah dua kali mengendalikan skuad Hobin Jang Hobin, kali pertama bermula pada musim 2003 hingga 2006 dengan kejayaan merangkul kejuaraan Piala FA 2003 dan juara Liga Super 2005. Namun beliau gagal mempertahankan reputasi pasukan itu pada khidmat kali kedua pada musim 2015.

Sebelum ini Devan membimbing Petaling Jaya City FC  menduduki tempat ketujuh daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super yang dipendekkan musim ini, namun tersingkir seawal pusingan pertama dalam saingan Piala Malaysia dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Terengganu, sebelum pertandingan berprestij itu dibatalkan kerana peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan di negara ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment