Antarabangsa Bola Sepak

Haaland raih gelaran Golden Boy 2020

Haaland dinobatkan oleh Tuttosport sebagai pemain terbaik bawah 21 tahun musim ini.

PELEDAK muda Borussia Dortmund, Erling Haaland menerima penghargaan di atas prestasinya yang menakjubkan, sekaligus dinobatkan sebagai pemenang Golden Boy 2020.

Penghargaan yang dianugerahkan oleh surat khabar Itali, Tuttosport dan dimenangi oleh Joao Felix tahun lalu, diberikan khas kepada pemain terbaik bawah 21 tahun dari liga-liga teratas Eropah.

Pemain antarabangsa Norway ini menghiasi halaman depan Tuttosport hari ini selepas mengatasi rakan sepasukannya di Dortmund, Jadon Sancho, Alphonso Davies dari Bayern Munich, penyerang Manchester United, Mason Greenwood dan sensasi Barcelona Ansu Fati.

Untuk rekod, Haaland mencetak 44 gol dalam semua pertandingan musim 2019/21 dengan 16 gol di antaranya dilakukannya hanya dalam 18 penampilan setelah berpindah pada pertengahan musim dari juara Austria, Red Bull Salzburg ke gergasi Bundesliga, Dortmund.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: