Antarabangsa Terkini

Anugerah FIFA 17 Disember depan

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan memastikan penyampaian gelaran anugerah terbaik berlangsung pada 17 Disember 2020.

“Majlis akan dilaksanakan secara virtual sebagaimana prinsip-prinsip protokol kesihatan menghadapi pandemi Covid-19,” kata kenyataan FIFA.

Para pemenang dipilih melalui undian yang dilakukan oleh para kapten pasukan kebangsaan, pengadil dan 200 wartawan.

Sesi undian akan berlangsung bermula 25 November ini hingga 9 Disember 2020.

Kategori pemenang adalah pemain lelaki terbaik, pemain wanita terbaik, jurulatih terbaik, penjaga gawang terbaik, pasukan terbaik, gol terbaik, dan penyokong terbaik.

Kebiasaannya, anugerah ini akan diadakan pada September 2020.

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: