Hoki Terkini

Megat D Shahriman kemukakan rayuan bertulis

PRESIDEN Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman mengemukakan rayuan bertulis setebal 10 muka surat kepada Jawatankuasa Rayuan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) susulan hukuman penggantungan selama 18 bulan ke atasnya.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan KLHA sebentar tadi, Megat D Shahriman juga telah mengemukakan surat rayuan stebal 10 muka surat dan beberapa hujah balas bagi mempertahankan tindakannya.

“Hockademy berharap rayuan ini akan dipertimbangkan seadilnya mengikut prinsip dan laras undang-undang sukan antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut.

Pada 3 November lalu Megat D Shahriman Zaharudin selaku pemilik Hockademy dikenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan ke atasnya daripada terlibat dengan sebarang aktiviti hoki sepanjang tempoh tersebut.

Hukuman yang dikenakan terhadap Megat berkuat kuasa serta merta diputuskan selepas Ahli Lembaga MHC dalam satu mesyuarat menerusi atas talian selepas mendapati beliau melanggar Klausa 6 Kod Tatatertib Liga Hoki Malaysia (MHL).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: