Bola Sepak Semasa Terkini

Ifedayo mohon kenaikkan gaji ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Prestasi Ifedayo didepan gawang sememangnya tidak mengecewakan. (Foto : FB Selangor FC)

PEMENANG Kasut Emas musim ini, Ifedayo Olusegun dikhabarkan memohon kenaikkan gaji bagi musim depan dan masih belum memberikan kata putus sama ada ingin terus kekal bersama The Red Giants musim depan mahupun sebaliknya.

Penyerang prolifik Selangor yang meledak 12 gol dalam penampilan ternyata begitu memberikan impak buat Gergasi Merah Kuning musim ini dan dia dibawa masuk bekas pengendali Selangor, B Sathianathan.

Sebelum itu prestasi memberangsangkannya bersama Melaka pada 2018 sememangnya tidak dapat dinafikan dengan meledak lapan gol hasil sembilan penampilan sebelum penyerang kelahiran Nigeria ini beraksi bersama kelab Al-Riffa, Bahrain.

Dengan prestasi cemerlang setiap kali perlawanan, sudah pasti pemain yang memiliki tendangan padu kaki kiri selain kebolehan mengelecek lawan ditagih pasukan-pasukan yang sememangnya mengharapkan penyudahan sempurna didepan gawang lawan.

Difahamkan beberapa pasukan yang mengintai kelibat pemain ini ialah Perak dan juga Terengganu yang akan beraksi di pentas  Kejohanan AFC 2021.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: