Bola Sepak Lain-Lain Terkini

Wira Selangor 1995 tuntut janji

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain dan pengurusan Skuad Selangor 1995 terdiri dari Gunalan (kiri), Asmawi, Ismail, Rajagobal dan Siti Mariam mewakili suaminya, Anuar.

WIRA skuad Selangor yang menjulang Piala Malaysia 1995 tampil menuntut janji pemberian sebidang tanah selepas mereka berjaya melunaskan penantian merampas kembali kejohanan itu.

Pada perlawanan akhir berkenaan, Selangor muncul johan apabila menumpaskan Pahang 1-0 setelah menanti selama sembilan tahun.

Ketua pasukan Selangor pada tahun berkenaan, Ismail Ibrahim berkata, kemenangan itu cukup bermakna dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat di setiap pelusuk negeri hingga mendapat perhatian Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

“Kami sebagai pemain ketika itu adalah pihak yang menerima ganjaran tersebut manakala pengurus pasukan ketika itu adalah Datuk Mohd Aini Mohd Taib yang merupakan individu yang diamanahkan menguruskan anugerah tersebut.

“Tetapi, sehingga kini kami belum menerimanya. Hari ini, kami ingin menyuarakan rasa hati yang terpendam sekian lama untuk meminta pihak bertanggungjawab menyatakan dan memberikan penjelasan kepada kami mengenai status itu,” katanya dalam pendedahan eksklusif skuad Selangor 1995 menerusi saluran Astro Arena sebentar tadi.

Ismail juga berharap tuntutan ini dipertimbangkan dengan mengambil kira usaha gigih dalam memerah keringat dan pengorbanan dalam mengharumkan nama bola sepak Selangor.

Turut hadir, barisan pemain dan pengurusan Skuad Selangor 1995 terdiri dari K Gunalan, Asmawi Bakiri, Dato K Rajagobal dan Siti Mariam Sathawee mewakili suaminya, Anuar Abu Bakar.

Sebahagian keratan akhbar mengenai ganjaran yang dijanjikan buat skuad Selangor 1995


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: