Bola Sepak Semasa Terkini

Kami diuji sepenuhnya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arif Anwar (kanan) menjaringkan dua gol membantu kemenangan Uitm FC.

KETUA jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt, menyifatkan perlawanan menentang Kelantan FC sememangnya sukar terutama lawan berjaya bangkit meraih dua gol penyamaan yang pantas dalam tempoh tiga minit.

Ujarnya, biarpun rasa lega dengan kemenangan 3-2, perlawanan ini menguji kami apabila semasa mendahului 2-0 dan berpeluang untuk lebarkan lagi kedudukan, kami gagal untuk lakukannya.

“ Sebaliknya, kami melepaskan dua gol yang pantas kepada pihak lawan dan pemain saya pantas untuk bangkit menerusi jaringan menarik daripada Arif Anwar yang menjadi punca kemaraan kita pada hari ini.

“ Bertemu Pulau Pinang pada pusingan seterusnya pasti menjadi satu aksi yang sukar untuk dijangkakan kerana sebelum berdepan Kelantan, kami tidak bermain aksi kompetitif hampir sebulan dan semua pemain memerlukan masa bagi dapatkan rentak, saya harap situasi ini akan bertambah baik di suku akhir, ” katanya.

Arif Anwar dan Rafie Mat Yaacob meletakkan UiTM, 2-0 di depan pada babak pertama sebelum Danial Ashraf Abdullah muncul penyelamat seketika buat Kelantan melalui dua gol pantas pada minit 61 dan 63.

Bagaimanapun, Arif yang juga bekas pemain Bawah 23 tahun dan Kuala Lumpur muncul wira UiTM apabila melakukan satu jaringan akrobatik menarik pada minit-67 bagi memastikan kejayaan Lion Troops ke suku akhir.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: