Bola Sepak Semasa Terkini

Nafuzi tetap puas hati


Sanjar Shaakhmedov meledak gol tunggal memastikan kemaraan TFC ke pentas suku akhir .

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain nyata berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pemain walaupun hanya menang dengan satu gol sahaja berdepan PJ City FC untuk mendapat kemenangan.

Ujarnya, pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang sudah beraksi sebab kita tahu PJ City FC bukan pasukan yang mudah untuk kita lawan.

“Mereka juga bertahan dengan cukup baik, namun pemain-pemain saya kekal fokus dan betul-betul pamer disiplin yang tinggi, jadi 1-0 sudah memadai untuk kita layak ke suku akhir bertemu Perak,” jelasnya.

Pemain tengah dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov berjaya meledak gol pada minit ke-37 meletakkan TFC di hadapan dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan apabila skuad kendalian K.Devan gagal menembusi pertahanan tuan rumah.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: