Bola Sepak Semasa Terkini

Bukan tugas mudah benam Kelantan United

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leandro Dos Santos melakar hatrik membantu kemenangan Perak,4-0 ke atas Kelantan United.

KETUA jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tetap menganggap aksi menentang Kelantan United tidak mudah yang disangka meskipun menguasai keseluruhan perlawanan untuk menang 4-0 sekaligus mara suku akhir TM Piala Malaysia 2020.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh semalam menyaksikan pemain tengah The Bos Gaurus, Leandro Dos Santos menjadi tulang belakang pasukan apabila meledak hatrik untuk memberi tekanan berterusan kepada lawan.

Skuad kendalian Nazrul Erwan Makmor itu dikejutkan seawal minit ketujuh apabila pemain kelahiran Brazil itu menyempurnakan sepakan penjuru Firdaus Saiyadi sebelum dia menambah dua lagi gol untuk Perak pada minit-21 dan 48.

Nyata, Kelantan United terus hilang arah sehingga peluang terus dirembat skuad tuan rumah menerusi Careca dengan gol keempat pasukan pada minit akhir perlawanan sekali gus menoktahkan kemenangan Perak.

Namun, Durakovic tidak merasakan anak buahnya berdepan aksi yang mudah kerana Kelantan United juga tetap memberikan tentangan di atas padang, tetapi fokus yang diberikan oleh barisan pemain sepanjang perlawanan menjadikan Perak mampu untuk menguasai perlawanan.

“Sebenarnya, ia bukan perlawanan yang mudah, tetapi pemain-pemain saya hanya mengikut perancangan yang diberikan dan kami menghormati lawan seperti Kelantan United yang tidak kurang hebatnya.

“Apa-apa pun, saya sangat gembira dengan prestasi pemain saya kerana mereka sememangnya mempersembahkan aksi yang cukup memberangsangkan”, katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: