Bola Sepak Semasa Terkini

Penswastaan yang berpura-pura

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Ismail memaklumkan JDT menolak penggunaan dana kerajaan negeri sejak 2013 kerana ianya adalah wang rakyat. (Foto : FB Johor Southern Tigers)

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan situasi semasa yang sedang berlaku dalam industri bola sepak Malaysia bukanlah penswastaan yang sebenar.

Malah katanya, ia cuma gambaran dimana perkara yang berubah hanyalah di atas kertas tetapi amalan lama masih diteruskan dan tetap mengharapkan dana kerajaan.

Tegasnya, sejak mengemudi JDT , kelab berkenaan telah menolak penggunaan dana kerajaan negeri sejak 2013 kerana ianya adalah wang rakyat.

“Ia seharusnya digunakan untuk keperluan lain yang lebih memanfaatkan rakyat, terutama ketika waktu getir seperti pandemik Covid-19 yang menjejaskan kesemua lapisan masyarakat.

“Saya berbangga kerana JDT mempunyai strategi perniagaan tersendiri — termasuk dari sudut komersil — untuk menjana dana dan melabur dalam projek jangka panjang dan bukannya hanya menunggu kerajaan negeri untuk membina infrastruktur malah mengeluarkan dana setiap tahun,” ujarnya dipetik melalui laman rasmi FC Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Tunku Ismail berkata, apabila dia mewujudkan JDT dan menswastakannya pada tahun 2013, terdapat sebilangan orang yang mempersendakannya.

“Sekarang JDT sudah pun mencatat pelbagai kejayaan di dalam dan di luar padang sementara pasukan lain hanya pada hari ini, 2020 memikirkan tentang logo baru mereka,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: