Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Arsenal resah kemarau gol Aubameyang

Aubameyang terus gagal mencetak gol dalam lima pertandingan liga secara berturut-turut.

BEKAS pemain pertahanan Arsenal, Nigel Winterburn menilai bahawa mereka harus bimbang dengan prestasi terkini penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang.

Kegagalan membolosi gawang Leicester minggu lalu menjadikan Aubameyang buat pertama kalinya gagal mencetak gol dalam lima pertandingan liga secara berturut-turut.

“Pierre-Emerick Aubameyang jelas kurang efektif. Sukar untuk mengatakan apakah dia akan lebih baik bermain di bahagian tengah bersama Alexandre Lacazette.

“Anda harus mempertimbangkannya, mungkin dia tidak mendapat hantaran bola di dalam kotak penalti.

“Ketika pasukan anda tidak menciptakan banyak peluang, selalu ada suara-suara yang mahukan Aubameyang bermain di bahagian tengah dan menjadi penyerang tengah utama,” ujar Winterburn kepada Free Super Tips.

Daripada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, Aubameyang direkodkan hanya melakukan lapan sepakan dengan menghasilkan satu gol pada aksi pembukaan menentang Fulham.

“Arsenal memiliki banyak pilihan posisi sayap, dengan (Nicolas) Pepe, Willian dan Bukayo Saka. Mikel Arteta mungkin bolehmelihatnya,” kata Winterburn.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: