Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Gol sendiri bantu kemenangan Reds

Pemain Liverpool meraikan jaringan gol sendiri yang berpunca dari percubaan Mane dalam kotak penalti.

LIVERPOOL meraih tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan Ajax, 1-0 hasil jaringan gol sendiri pemain tuan rumah pada aksi pertama Kumpulan D, Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Amsterdan Arena, sebentar tadi.

Gol sendiri dijaringkan Nicolas Tagliafico pada minit ke 35 berpunca dari usahanya untuk mengeluarkan bola rembatan Sadio Mane akhirnya memakan diri sendiri selepas ia tertampan dan masuk menerjah gawang gol.

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Liverpool menurunkan pemain muda, Curtis Jones untuk bergandingan dengan James Milner dibahagian tengah manakala Fabinho pula mengisi kekosongan ditinggalkan Virgin van Djik.

The Reds mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol namun kegagalan trio serangan Mane, Salah dan Firmino memastikan perlawanan buntu dengan jaringan sebelum Tagliafico “membantu” pelawat dengan jaringan gol sendiri.

Memasuki babak kedua, Liverpool melakukan pertukaran dengan Jones dan trio serangan dengan menggantikan Jordan Henderson, Minamino, Xerdan Shaqiri dan Diego Jota untuk menambah jentera serangan.

Minamino hampir menggandakan kelebihan jaringan dipenghujung babak perlawanan namun percubaannya berjaya dinafikan penjaga gawang tuan rumah, Onana.

Dalam satu lagi perlawanan membabitkan Kumpulan D, Atlanta tidak berdepan masalah meraih tiga mata penuh apabila mudah menewaskan Midtjylland, 4-0  hasil jaringan Zapata (m26), Gómez (m36), Muriel (m42) dan Al Miranchuk (m88).

Selepas berakhirnya aksi pertama, Atlanta memimpin kumpulan dengan kelebihan jaringan gol walaupun memiliki mata yang sama dengan Liverpool ditangga kedua manakala Ajax ketiga dan Midtjvlland ditangga  tercorot liga tanpa sebarang mata.

Keputusan penuh perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung sebentar tadi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: