Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

City kehilangan Fernandinho

Fernandinho mengalami kecederaan otot pada penghujung babak permainan.

MANCHESTER City menerima tamparan hebat disebalik kemenangan 3-1 ke atas Porto pada kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Fernandinho mengalami kecederaan otot pada penghujung babak permainan dan ianya meresahkan pengendali pasukan, Pep Guardiola.

“Satu kehilangan besar (Fernandinho alami kecederaan) dan ia berita buruk kepada kami.

“Sudah tentu ia menjadi satu kehilangan besar. Dengan jadual yang padat, pasti kami memerlukan semua orang,” katanya dipetik dari AFP.

Pada perlawanan di Etihad itu, The Citizens ketinggalan menerusi gerakan solo Luis Diaz sebelum Sergio Aguero menyamakan kedudukan menerusi penalti tujuh minit kemudian.

Sepakan percuma Ilkay Gundogan serta jaringan pemain gantian Ferran Torres melonjakkan City ke tangga teratas Kumpulan C.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: