Bola Sepak Terkini

‘I will miss JDT Family’


‘I will miss JDT Family’ (Saya akan merindui keluarga JDT), itulah perkataan yang tertulis di baju Safawi Rasid yang mengesahkan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal meneruskan karier bola sepaknya bersama kelab baharunya, Partimonense SC.

Safawi yang meledak dua gol ketika membantu skuad Harimau Selatan menewaskan Sabah 4-1 untuk mengesahkan kejuaraan musim ini turut memakai baju yang tertulis ‘I will miss JDT Family’ (Saya akan merindui keluarga JDT) akan berlepas ke Portugal malam ini.

Berdasarkan jemputan yang dihantar kepada media, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu akan berlepas malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengendali JDT Benjamin Mora selepas perlawanan malam tadi turut menganggap penghijrahan Safawi baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d