Antarabangsa motorsport Semasa

Ducati pilih Bagnaia


DUCATI akhirnya melengkapkan barisan pelumbanya bagi saingan MotoGP musim 2021.

Pasukan asal Itali itu mengumumkan Francesco ‘Pecco’ Bagnaia sebagai pelumba baru mereka dan akan digandingkan bersama Jack Miller pada musim depan.

Kedua-dua penunggang itu menggantikan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

“Debut MotoGP tidak mudah, tapi di Ducati mereka tidak pernah meragui kemampuan saya. Mereka memberikan sokongan penuh dan kepercayaan yang diperlukan dan membiarkan saya mengutip pengalaman pada tahun 2019.

“Kami belajar untuk mengenal dan memahami satu sama lain dan sekarang kami membentuk sebuah pasukan hebat. Mereka mengajar saya satu metode bekerja untuk mendapatkan kepuasan besar dan bagi saya ini baru permulaan,” kata Bagnaia dipetik Motorsport.

Keputusan Ducati memilih Bagnaia adalah kerana penunggang sebelum ini, Dovizioso tidak dapat mencapai kata sepakat dalam rundingan kontrak baru, terutama berkaitan aspek kewangan.

Dengan Bagnaia bergabung bersama Ducati, maka Dovizioso memiliki pilihan untuk mewakili Aprilia bersama Aleix Espargaro.

Sementara Petrucci akan berpindah ke pasukan ke Tech3 KTM.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: