Bola Sepak Semasa

Kedah semakin sukar

Jaringan Kipre (tengah) gagal membantu Kedah meraih tiga mata apabila tewas 1-2 ditangan Pahang.

IMPIAN Kedah untuk terus menghimpit peneraju Liga Super, Johor Darul Ta,zim (JDT) semakin sukar apabila tewas 1-2 pada aksi menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.

Bagi Pahang kemenangan yang cukup berharga ini melonjakkan kedudukan skuad bimbingan Dollah Salleh untuk berada di zon selamat dan kebangkitan Tok Gajah nyata mengecewakan pelawat yang dibimbing Aidil Shahrin Sahak.

Pada perlawanan tersebut, pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang import, Tchetche Kipre yang menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias pada minit ke-15.

Namun, lima minit sebelum separuh pertama tamat, pemain import Pahang, Adam Reed menyamakan kedudukan selepas menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Shahril Sa’ari.

Seminit sebaik babak kedua bersambung, pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memastikan Pahang mendahului Kedah 2-1.

Jika dilihat kedudukan semasa, hanya Perak mampu menyekat JDT daripada merangkul kejuaraan kali ketujuh berturut-turut namun peluang mereka tipis dengan syarat memenangi dua baki perlawanan dengan jaringan besar sambil mengharap Harimau Selatan tumbang.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: