Antarabangsa Bola Sepak

AS Roma ditolak tiga mata


Diawara tidak memenuhi syarat untuk bermain pada saingan antara Verona dan AS Roma. (Photo by Giuseppe Bellini/Getty Images)

AS Roma dihukum kalah 0-3 untuk perlawanan menentang Hellas Verona kerana kesalahan pendaftaran pemain.

Pertembungan Verona dan AS Roma merupakan sebahagian daripada minggu pertama Liga Itali 2020-2021 yang berlangsung di Stadium Morcantonio Bentegodi, 20 September lalu.

Pada aksi tersebut, AS Roma menurunkan pemain muda asal Guinea, Amadou Diawara.

Status Diawara menjadi penyebab AS Roma dihukum kalah 0-3.

Diawara didaftarkan oleh AS Roma dalam kategori pemain Bawah 22 Tahun. Walhal, Diawara sudah berusia 23 tahun pada 17 Julai 2020.

Ini bermakna, Diawara tidak memenuhi syarat untuk bermain pada saingan antara Verona dan AS Roma.

Mengikut peraturan, setiap pasukan Serie A hanya boleh mendaftarkan maksima 25 pemain senior berusia di atas 22 tahun.

Bagaimanapun, terdapat pemain B22 tetap boleh bermain setiap perlawanan tanpa didaftarkan asalkan sudah terikat kontrak dengan pasukan m

Dalam kes AS Roma, Diawara yang sudah berusia 23 tahun belum didaftarkan sebagai pemain senior, tetapi sudah bermain selama 89 minit.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading