Semasa

Sukma Johor tahun depan

Reezal Merican (dua,kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri), dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Dato’ Abdul Rahim Nin bergambar kenangan bersama dengan maskot rasmi SUKMA XX Johor 2020, Jimi.

MESYUARAT Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA XX Johor 2020) memutuskan penganjuran temasya tersebut akan dilangsungkan pada Mac untuk Para SUKMA sementara SUKMA XX pada bulan April 2021.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, setelah meneliti apa yang dibentangkan oleh pihak Sekretariat SUKMA XX Johor 2020, jawatankuasa sebulat suara bersetuju bahawa Para SUKMA akan dikelolakan terlebih dahulu iaitu pada 8 hingga 13 Mac 2021 dan kemudiannya SUKMA XX Johor 2020 akan dikelolakan pada 2 hingga 10 April 2021.

“Ini adalah kerana mengambil perkiraan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan berlangsung pada 1 hingga 9 Mac dengan 171 atlit akan terlibat dalam peperiksaan berkenaan.

“Saya dan juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam soalan penentuan tarikh penganjuran ini secara muktamad pada bulan Disember,” jelasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA XX Johor 2020) di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar hari ini.

SUKMA XX Johor 2020 akan dilangsungkan di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi.  Sebanyak 28 acara sukan akan berlangsung di Daerah Johor Bahru manakala Daerah Muar akan menempatkan sukan kanu, angkat berat dan silambam serta Kota Tinggi menjadi gelanggang buat sukan pelayaran dan berbasikal lebuh raya.

Selain medan pendedahan bakat baharu, SUKMA XX Johor 2020 juga dilihat menjadi pentas penting buat atlit khususnya dalam memburu tempat bagi mewakili kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sebanyak RM467.9 juta telah dibelanjakan bagi menyiapkan fasiliti berkelas dunia serta menaik taraf kemudahan sedia ada. Sementara sejumlah RM325.9 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri serta turut menerima peruntukan daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM142 juta.

Antara gelanggang yang dinaiktaraf merangkumi Stadium Hoki Taman Daya, Pusat Akuatik Arena Larkin, Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya bagi sukan Wushu, Akademi Majlis Kriket Johor di Mutiara Rini dan Sireh Park serta Iskandar Puteri bagi sukan berbasikal MTB.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: