Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool sudah, Manchester United belum


 

Man United dikhabarkan masih belum membuat sebarang tawaran rasmi ke atas Thiago.

 

BELUM pun aksi pertembungan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020/21, Liverpool dan Manchester United, juara bertahan The Reds sudah pun mengatasi The Red Devils apabila dikatakan telah membuat tawaran rasmi kepada Bayern Munich untuk mendapatkan Thiago Alcantara.

Walaupun skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjær menyatakan minat untuk mendapatkan pemain tengah tersebut namun perbincangan hanya sekadar khabar angin tanpa ada sebarang tawaran rasmi dikemukakan kelab berkenaan berbanding Liverpool.

Dikhabarkan pemain sasaran Liverpool iaitu Thiago dikhabarkan belum lagi mendapat sebarang tawaran dari musuh ketat, Manchester United.

Perkembangan terbaharu ini nyata melegakan peminat Liverpool yang mengharapkan Jurgen Klopp membawa masuk muka baharu khususnya di bahagian tengah selepas berjaya menandatangani pertahanan kanan, Kostas Tsimikas.

Berusia 29 tahun pemain yang telah bersama hampir tujuh tahun dengan Die Roten dan bintang antarabangsa Sepanyol itu dikatakan ingin meninggalkan Bayern Munich pada musim panas ini.

Baru-baru ini, bekas Presiden Bayern Munchen, Uli Hoeness ada memberitahu terdapat dua kelab yang tengah mengejar Thiago. Pasukan itu adalah Manchester United dan Liverpool.

Laporan Bild bagaimana mendedahkan bahawa United nampaknya tidak akan mendapatkan khidmat Thiago. Malah, setakat ini mereka belum melakukan sebarang tawaran kepada Bayern Munich.

Menurut laporan itu lagi, Manchester United hanya sempat bertemu dengan ejen Thiago dan tiada lagi perkembangan terkini selepas perjumpaan berkenaan.

United juga tidak lagi mengejar Thiago yang berusia 29 tahun selepas berjaya membawa masuk Donny van de Beek.

The Red Devils merancang untuk mendatangkan pemain sayap kanan dan pertahanan tengah baru sebelum bursa perpindahan pemain ditutup.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: