Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Itu hanyalah permulaan…

William (tiga,kiri) menampilkan kualiti permainan dengan membantu menjana serangan buat pasukan.

PEMAIN baharu Arsenal, Willian Borges Da Silva menyifatkan aksinya pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris lalu adalah permulaan.

Willian membantu Arsenal menewaskan Fulham,3-0 dimana kesemua jaringan yang diperolehi itu adalah hasil umpanan daripadanya.

Bekas pemain Chelsea itu juga dilihat mampu menjana serangan The Gunners selepas ini.

Berdasarkan statistik di Whoscored, Willian melepaskan dua sepakan dan pada minit ke-27, pemain berusia 32 tahun itu nyaris mencetak gol.

Akan tetapi, bola tendangan bebas Willian hanya menuju tepat ke arah penjaga gawang lawan.

Meskipun gagal membolosi gawang Fulham, Willian mencipta umpanan cantik untuk gol Gabriel Magalhaes minit ke-49 dan Pierre-Emerick Aubameyang minit ke-57.

Arsenal menutup aksi dengan kemenangan tiga gol tanpa balas. Satu lagi gol dijaringkan Alexandre Lacazette pada minit ke-8 setelah memanfaatkan bola muntah hasil tendangan Willian.

“Saya sangat senang dengan debut saya! Semangat berpasukan yang hebat bersama rakan-rakan. Tetapi ini baru permulaan, mari terus bekerja keras! Terima kasih atas semua sokongan penyokong Arsenal!” kata Willian di akaun Twitternya.

Pada perlawanan berikutnya, Willian dan Arsenal akan menghadapi West Ham United di Emirates pada 20 September ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: