
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meluluskan permohonan penswastaan Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC).
Setiausaha Kehormat KUFC, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, FAM melalui pasukan petugas “Pro Football” telah mengkaji segala proses penswastaan bermula langkah 1 hingga 7 dan mereka akhirnya telah meluluskan permohonan KUFC.
“Kita melengkapkan semua kriteria yang telah ditetapkan dan menghantar segala dokumen pada 1 September. Alhamdulillah, hari ini akhirnya Kelantan United Football Club telah menerima surat rasmi kelulusan penswastaan daripada FAM’
“Ini bermakna, penswastaan KUFC juga telah diluluskan sebelum tarikh akhir pada 30 September depan,” ujarnya dipetik melalui Facebook Kelantan United Football Club.
Dalam perkembangan sama, Anas Karimi turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada FAM, Malaysian Football League (MFL) terutamanya kepada Encik Vijash Naidu serta Encik Izhar Atan dari Unit “Task Force FAM” kerana banyak membantu kelab menyelesaikan urusan penswastaan tersebut.
Add Comment