LUIS Suarez selangkah lagi akan menjadi pemain Juventus. Selain itu, pemain berusia 33 tahun juga bakal memegang status sebagai warganegara Itali.
Suarez sudah bermain enam musim yang indah bersama Barcelona. Sejak dibeli dari Liverpool pada 2015 lalu, Luis Suarez meraih empat gelaran La Liga bersama Barcelona.
Bukan hanya di pentas domestik, El Pistolero juga membawa Barcelona berjaya di Eropah. Satu gelaran juara Liga Juara-Juara juga berjaya diraih.
Namun, kehadiran Suarez kini tidak lagi diperlukan untuk kelab dari Catalan itu. Pengendali baru, Ronald Koeman, membuang nama Luis Suarez dari daftar pasukan utama musim depan.
Luis Suarez memang sudah cukup lama bermain di Eropah. Dia berpindah ke Belanda pada 2006 lalu sebelum berhijrah ke Liverpool pada 2010.
Namun, sampai saat ini Suarez masih memegang passport negara Eropah dan juga miliki pasport Uruguay.
Situasi itulah yang membuat Suarez sukar berpindah ke Juventus. Ini kerana, statusnya adalah ‘pemain asing’ kerana tidak punyai pasport negara Uni-Eropah. Sedangkan, Juventus tidak mempunyai slot lagi untuk pemain di luar Non-Uni Eropa.
Dipetik dari Marca, Suarez akan segera menjadi warganegara Itali. Keputusan diambil demi boleh bermain di Juventus.
Suarez akan menjalani proses ujian untuk menjadi warga Itali di Barcelona.
Jangan anda tak tahu, isteri Suarez, Sofia Balbi, adalah warganegara Itali !
Faktor ini membuat Suarez bakal lebih mudah mendapat status warga Itali dan menjadi rakan sepasukan kepada Cristiano Ronaldo pada musim 2020/2021.
Sementara itu, rundingan antara Juventus dan Suarez diyakini telah mencapai kata sepakat.
Juventus memberi tawaran kontrak dengan durasi dua tahun dan gaji 10 juta euro untuk Suarez.
Cuma, yang menjadi halangan adalah di pihak Barcelona. Mereka tidak ingin melepaskan Suarez dengan status pemain bebas. Saat ini, rundingan antara kedua pihak terus berjalan.
Add Comment