Badminton Gaya Hidup

‘Shuttle at Sea’ tarikan baharu di The Taraas

 

SEGALANYA ada di The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang, bermula aktiviti bermain air seperti snorkeling dan mandi laut kini selangkah ke hadapan apabila tampil dengan tarikan terbaru iaitu ‘Shuttle at Sea’ untuk pengunjungnya.

Aktiviti ini merupakan gelanggang terapung di lautan nombor satu di dunia dan dijalankan dengan kolaborasi antara Malaysia Badminton Experience dengan The Taaras Beach & Spa Resort

Boleh ke kita bermain badminton di tengah-tengah lautan? Pengalaman tersebut anda boleh rasai di The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang.

Tarikan ini pastinya unik dan menyeronokkan kerana anda bukan sahaja perlu bermain badminton seperti biasa tetapi perlu mengawal diri dan badan anda daripada terjerumus ke dalam air.

Menarik dan menghiburkan, segalanya ada di The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: