PERLAWANAN Liga Juara-Juara 2019-2020 akan memasuki hari terakhir dengan menemukan pasukan Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Bayern Munich di Lisbon jam 3 pagi esok waktu Malaysia.
Ramai bekas pemain bola sepak dunia meramalkan dan membuat andaian mengenai analisis dan teka jaringan, termasuk Ronaldo Nazario.
Pemenang dua kali trofi Ballon d’Or itu mengatakan bahawa pasukan yang memanfaatkan peluang kecil boleh memenangi kejuaraan.
“Format final ini memiliki banyak kejutan. Mereka yang berada di final harus pantas mendapatkannya.
“Mereka memiliki beberapa kekuatan, tetapi ini adalah final Liga Juara-Juara. Saya berharap untuk perlawanan akhir ini adalah yang luar biasa,” kata juara dunia dua kali bersama pasukan kebangsaan Brazil yang dilaporkan AS.
Ronaldo juga menjangkakan Neymar akan mengakhiri kemarau golnya pada pertemuan itu nanti.
Kalau korang nak tahu, Neymar sudah tidak menjaringkan gol dalam dua aksi terakhir Liga Juara-Juara, atau sejak ia diadakan di Portugal.
“Memang benar dia telah bermain sangat baik dalam beberapa pertandingan terakhir, terutama pada fasa terakhir di Portugal, di mana Neymar telah menciptakan banyak peluang.
“Namun, dia kurang tenang ketika mendapat peluang. Neymar memiliki naluri mencetak gol dalam dirinya. Dengan sedikit elemen tuah di final, dia akan menemui nalurinya lagi (jaringkan gol),” ujar Ronaldo yang pernah menyarung jersi Barcelona dan Real Madrid.
Add Comment