Pelbagai Semasa Terkini

Siapakah atlet Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2019?

Screenshot_20200831_193035

PERSATUAN Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) sentiasa memastikan penganjuran majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 berlangsung dengan kualiti dan prestijnya dalam mengangkat media sukan di Malaysia.

Malah, SAM turut menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh atlet-atlet negara yang berkorban masa dan tenaga sepanjang tahun 2019 demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia khususnya.

Penganjuran bagi tahun ini tampak lebih menarik kerana SAM-100PLUS dilangsungkan tatkala Malaysia sedang meraikan Hari Kemerdekaan ke 63 tahun ini.

“Penganjuran majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019 kali ini sedikit berbeza berbanding edisi sebelumnya.

“Semua sedia maklum Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk memerangi wabak Covid 19.

“Namun ia bukan penghalang untuk SAM menganjurkan majlis ini ditambah dalam suasana ketika arena sukan negara sedang meraikan sambutan Kemerdekaan kali ke 63 tahun ini,” kata Presiden SAM, Jasni Shafie.

Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019 akan dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan akan berlangsung pada 1 September 2020 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Tumpuan pastinya terarah kepada Anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik 2019.

Bagi Anugerah Atlet Terbaik, persaingan sengit bakal tertumpu diantara jaguh Keirin negara, Azizul Hasni Awang dan dua atlet wanita yang menyerlah ketika di Sukan SEA 2019, Filipina.

Azizul yang turut dikenali dengan ‘The Pocket Rocketman’ muncul juara di kejohanan trek Siri Dunia di Cambridge Disember tahun lalu dalam acara keirin, malah mendominasi pentas Asia apabila muncul juara acara pecut individu di kejohanan Trek Asia 2019 yang berlangsung di Korea Selatan pada Oktober 2019.

Farah Ann Abd Hadi boleh dilabel pencabar utama kepada Azizul diatas kejayaannya di temasya Sukan SEA 2019, Filipina.

Ratu gimnas negara ini menutup kalendar 2019 dengan gemilang dimana Kompleks Sukan Memorial Rizal, Manila menjadi saksi tiga pingat emas dituai Farah menerusi acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.

Malah, 2019 menghadirkan kejayaan berganda untuk Farah apabila turut mengesahkan tiket merit ke Olimpik Tokyo 2020 sekaligus menjadi atlet gimnastik ketiga yang layak beraksi di temasya Olimpik selepas Au Li Yen (Olimpik Sydney 2000) dan Ng Shu Wai di Olimpik Athens 2004.

Pingat emas menerusi perseorangan wanita, S. Kisona membuktikan namanya layak untuk berada dalam senarai lima calon terbaik kerana menewaskan jagoan yang jaiuh lebih baik.

Dia juga mempertahankan gelaran juara dalam acara perseorangan wanita untuk kali kedua berturut-turut selepas Goh Jin Wei melakukannya pada 2017 ketika Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Perebutan bagi Anugerah Atlet Terbaik untuk Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 kali ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan atlet kebangsaan lain yang turut mengintai peluang termasuk atlet luncur ais Julian Yee dan Loh Choon How dalam acara wushu.

Anugerah Atlet Para Terbaiok 2019 pula menyaksikan persaingan melibatkan sukan powerlifting, memanah dan olahraga.
Bonnie Anak Bunyau dimana anak kelahiran Sarawak ini meraih kejuaraan berganda di Kejohanan Dunia di Nur-Sultan, Kazakhstan menerusi powerlifting kategori remaja dan terbuka 65 kilogram.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk menyampaikan titah pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 melalui rakaman video.

Pengerusi Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019, Faisal Jamal mengakui kejayaan yang dicapai oleh atlet atlet ini tidak hadir dengan mudah.

“Ucapan terima kasih oleh SAM kepada penaja kami. 100PLUS yang sentiasa komited dalam penganjuran majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019 meskipun banyak syarikat yang mungkin terjejas akibat Covid 19.

“SAM berharap penghargaan yang diberikan sedikit sebanyak menjadi penyuntik semangat terutama atlet atlet negara yang lain untuk terus berjuang dan tidak patah semangat demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” kata Faisal.

Selain memberi pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang sepanjang 2019, wartawan sukan juga turut menerima pengiktirafan sekali gus berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000 pada majlis Anugerah SAM-100PLUS kali ini.

Anugerah di bahagi kepada enam kategori – Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM RM7,000 berserta trofi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: