Bola Sepak Terkini

Taktik Zainal Abidin berhasil


FB_IMG_1598663654521

FOTO : MFL

TIGA mata yang dikutip Melaka United menunjukkan para pemain mengikuti setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih.

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengucapkan tahniah kepada anak didiknya hasil kemenangan berharga ke atas Perak pada perlawanan CIMB Liga Super 2020 di Ipoh, malam tadi.

Gol tunggal kemenangan Melaka United dijaringkan oleh Muhammad Ferris Danial Mat Nasir pada m-51.

“Saya harus bagi kredit kepada pemain yang bermain ikut apa dirancang. Walau ada beberapa peluang keemasan, satu gol ini cukup berharga.

“Dengan kedudukan kami sebelum permainan, pemain tahu apa perlu dibuat.

“Kami akan terus berusaha lagi dalam aksi seterusnya. Malam ini jadi sejarah dan lepas ini bersedia dengan menentang Terengganu pada 4 September ini,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic tetap memuji barisan pemain meskipun akur kekalahan di laman sendiri.

“Inilah bola sepak. Lawan cipta satu peluang dan boleh gol. Perak juga beraksi baik cuma tiada jaringan.

“Kami tetap gembira kerana pemain bagi 100 peratus dan harap kembali bangkit di perlawanan seterusnya.

“Ketiadaan beberapa pemain utama seperti Careca (Rai Anderson) dan J. Parthiban juga sedikit sebanyak merencatkan permainan kita. Apa pun, kita telah tampilkan permainan yang baik dalam perlawanan ini,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d