Bola Sepak

Usah ambil mudah


“USAH pandang rendah keupayaan lawan”, amaran ini jelas dilaungkan Ketua Jurulatih Petaling Jaya City FC (PJ City FC), K Devan menjelang aksi menentang Terengganu FC I (TFC I) dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

Ujarnya, skuad bimbingan Nafuzi Zain itu memiliki kualiti tersendiri yang boleh menyukarkan anak-anak buahnya khususnya ancaman di bahagian jentera serangan.

“Kita tahu kelebihan yang dimiliki oleh pasukan TFC I yang mempunyai barisan import berkualiti di jentera serangan. Ia terbukti selepas mereka berjaya meraih keputusan positif ke atas Kedah dan Selangor sebelum saingan Liga Malaysia dihentikan kerana Covid-19 awal tahun ini.

“Justeru, saya mahu barisan pemain berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan kerana kami meletakkan sasaran untuk mengutip mata penting pada perlawanan ini.

Pada masa sama, K Devan memaklumkan skuadnya akan tampil dengan barisan terbaik dalam usaha memburu tiga mata penuh dilaman sendiri.

“Kami telah melakukan persiapan rapi sejak bulan lalu. Pemain tidak mengalami masalah kecederaan dan bersemangat rentetan tiga aksi persahabatan yang diharungi sepanjang bulan ini berakhir dengan kemenangan,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d