SEVILLA memenangi gelaran keenam Liga Europa selepas menang 3-2 ke atas Inter Milan pada aksi final penuh dramatik di Koln, sebentar tadi.
Sebelum ini, wakil Sepanyol itu adalah pemilik lima gelaran kejohanan ini, setelah muncul juara pada final 2006, 2007, 2014, 2015, dan 2016.
Walaupun tersentak jaringan awal Inter menerusi sepakan penalti Romelo Lukaku seawal minit kelima, Luuk de Jong meletakkan Sevilla di depan hasil gol m-12 dan m-33.
Diego Godín menyamakan kedudukan 2-2 dua minit kemudian sebelum Silva Santos Silva muncul wira pasukan Sevilla menerusi gol yang dinanti-nantikan pada minit ke-74.
Add Comment