Antarabangsa Bola Sepak

Skuad Bayern Munich tahun ini lebih padu


IMG_20200820_162811

KAPTEN Bayern Munich, Manuel Neuer berpuas hati dengan kualiti skuad ketika ini.

Menurut Neuer, pasukan Die Roten kali ini lebih padu berbanding juara treble 2012/2013.

Sebelum ini, Bayern sudah menjuarai Bundesliga dan DFB-Pokal. Jika berjaya mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG), Bayern akan mengulangi pencapaian pasukan Jupp Heynckes yang melakukannya pada edisi 2013.

“Kami dalam posisi yang lebih baik saat ini di setiap bahagian.

“Kami miliki pasukan yang bukan hanya terdiri daripada 18 pemain utama tetapi kesemuanya,” kata Neuer seperti dilapor Sportskeeda.

Neuer memimpin rakan-rakan mara ke final Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tujuh tahun lepas dengan menewaskan Lyon 3-0 pada aksi separuh akhir di Estadion Jose Alvalade.

Gol-gol kemenangan Bayern dihasilkan Serge Gnabry (dua gol) dan Robert Lewandowski.

Bayern akan menghadapi PSG pada pertarungan final di Estadio Da Luz.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: