Bola Sepak Semasa

Liga M ditangguh 28 Ogos

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menunda sepak mula Liga Malaysia (Liga M) yang sepatutnya berlangsung pada 26 Ogos kepada 28 Ogos ini selepas mengambil kira pelbagai faktor susulan penundaan tarikh pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, penetapan tarikh baharu kalendar itu juga tertakluk kepada tarikh perlawanan peringkat domestik, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

“Perancangan kalendar baharu sudah mengambil kira perkara seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, tarikh baharu Liga Juara Juara Asia (ACL) serta penundaan Piala AFF 2020.

“MFL optimis bahawa pindaan tarikh ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan yang lebih panjang lebih fleksibel di antara empat sehingga enam hari.

“Apa yang pasti, penundaan berapa pertandingan ini juga membolehkan MFL memiliki tarikh simpanan di antara 10 hingga 29 November 2020 sekiranya isu COVID-19 masih berlanjutan dalam negara kita,” katanya.

Namun, dua aksi tertunda membabitkan PJ City FC menentang Terengganu FC (TFC) UKM FC bertemu Kelantan kekal seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada 22 Ogos.

Sebelum ini , MFL mengumumkan Liga M akan bersambung semula pada 26 Ogos selepas ditangguhkan hampir lima bulan bermula pertengahan Mac lalu susulan pandemik COVID- 19.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: