Antarabangsa motorsport Terkini

Hafizh tekad kembali berlumba minggu ini

FB_IMG_1597820743958

PENUNGGANG Openbank Aspar Team, Hafizh Syahrin akan mencuba sekali lagi dalam perlumbaan hujung minggu ini setelah terlibat kemalangan teruk dalam Motor Grand Prix Austria minggu lalu.

Nasib baik, pelumba Moto2 negara tidak mengalami patah tulang dalam kejadian itu, tetapi dia menghadapi hujung minggu baru ini dengan kesakitan di bahagian badan bawahnya.

“Selepas kemalangan yang teruk semasa perlumbaan terakhir, saya mengalami kesakitan di bahagian bawah anggota badan saya.

“Pada hari yang sama saya memulakan pemulihan dan saya akan melakukan segala yang termampu untuk menjadi ‘cergas’ dalam pemeriksaan perubatan pada hari Khamis, kerana saya memang ingin berlumba hujung minggu ini.

“Saya meningkatkan langkah demi langkah, tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya saya lebih baik berbanding hari minggu lepas.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang saya dan semua peminat yang telah meluangkan masa untuk menghantar mesej kepada saya dan berharap cepat sembuh,” ujarnya mesra disapa Pescao ketika dipetik dalam laman rasmi Facebook Aspar Team, hari ni.

Hafizh akan menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Khamis ini sebagai cabaran pertama Styrian Grand Prix.

Rakan sepasukannya, Aron Canet akan berusaha memperbaiki keadaan jenteranya bersama dengan pasukan teknikal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya semasa perlumbaan Grand Prix Austria.

Pelumba rookie Moto2 itu berada di kedudukan keenam dan selalu menduduki tempat ke-10 teratas dalam lima perlumbaan yang diadakan setakat ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: