
PEMAIN tengah Sepanyol, David Silva akhirnya kembali beraksi bersama pasukan La Liga apabila bersetuju menyertai Real Sociedad selepas berhijrah dari Manchester City, umum kelab La Liga itu awal pagi tadi.
Silva, 34, menghabiskan sedekad bersama City dan membuat penampilan terakhir sebagai pemain gantian ketika pasukannya tewas 3-1 di tangan Lyon pada suku akhir Liga Juara-Juara menandatangani perjanjian bagi tempoh dua tahun.
Pemain tengah kreatif Citizens ini berjaya meraih 11 trofi domestik di Etihad dijangka akan menyertai rakan sepasukan baharunya beberapa hari lagi untuk latihan pramusim.
Add Comment