Bola Sepak

Luqman enggan pulang ke Malaysia….


Luqman bersama ayahnya, Shamsudin (kanan) dan ibunya, Hasmah memberikan kata-kata semangat buat anaknya.

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak akan pulang ke Malaysia hanya sekadar untuk dimaki selepas gagal mencipta kejayaan buat negara dan juga karier profesional bola sepaknya.

Mengikat kontrak lima tahun dengan kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk, anak muda kelahiran Kota Bharu Kelantan ini sedia berdepan dengan cabaran yang menantinya sepanjang menjalani kehidupan seorang di Eropah.

“Ini adalah permulaan bagi saya, semalam adalah sejarah, sudah pasti  cabaran besar menanti saya disana nanti tetapi itu tidak akan melemahkan semangat dan berputus asa untuk menaikkan nama Malaysia dan juga keluarga.

“Pemain lain juga memiliki dua kaki begitu juga saya, buat apa nak takut, jiwa mesti kental kerana memang ini impian dan cita-cita untuk beraksi di Eropah.

“Saya sedia berdepan cabaran dan telah berjanji pada diri sendiri tidak akan pulang ke Malaysia hanya untuk di maki,” ujarnya ditemui di KLIA Sepang, kelmarin.

Meninggalkan keluarga dalam usia 19 tahun nyata memberikan kesan buat Luqman apatah lagi perjalanannya kali ini seorang diri, lantas kesedihan menyelubungi dirinya namun semua itu disimpan dalam hati demi membantu keluarga dan menaikkan nama negara.

“Ayah dan ibu serta keluarga memberikan sokangan penuh buat saya, apa yang saya lakukan hanyalah untuk membantu keluarga, memang sedih namun perasaan itu saya simpan dalam hati.

“Ibu dan ayah mengingatkan saya agar jangan meninggalkan solat walau berada dimana saya berada dan kata-kata ini akan saya pegang sampai mati, doa ibu yang tidak putus-putus amat penting bagi saya.

“Saya ingin tunaikan janji kepada kedua ibu bapa dan mengharapkan doa dari mereka dan juga rakyat Malaysia,” tegasnya.

DOA IBU DAN BAPA IRINGI LUQMAN

Ahli keluarga dan saudara terdekat Luqman hadir memberikan kata-kata semangat di KLIA.

Sementara itu, Ibu Luqman, Hasmah Che Soh, 55 mengakui sebagai seorang ibu perasaan teruja dan bangga menyelubungi dirinya selepas impian anak bongsunya ingin berkelana di Eropah menjadi kenyataan.

“Sebagai seorang ibu makcik sudah redha untuk karier dia, melihatkan dia kuat untuk masa depannya , makcik pun perlu kuat untuknya. Takut dan bimbang itu memang adalah memandangkan dia pergi seorang diri, tetapi makcik dan pakcik telah merestui keputusannya.

“Pesan makcik, jaga diri, kena pandai sesuaikan ditempat orang lain, kuatkan fizikal dan mental serta pamerkan peningkatan prestasi untuk mengharumkan nama negara.

“Perlu juga ingat asal usul dan pegangan kita. Doa dan restu dari makcik dan ayahnya, Shamsudin Mahmood, 62 serta keluarga sentiasa mengiringi setiap langkah Luqman Hakim Shamsudin yang kini berkelana selama lima tahun mencipta nama bersama kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk,” jelasnya yang hadir bersama suaminya ke KLIA  memberikan kata-kata semangat kepada anaknya itu.

Awal pagi tadi,  Luqman Hakim telah berlepas ke Belgium seorang diri dari KLIA Sepang untuk melaporkan diri bersama KV Kortrijk selepas 14 hari proses kuarantin di Belgium.


Tags

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading