Antarabangsa Bola Sepak

Impian Wolves berkecai di suku akhir


Screenshot_20200812_065902

IMPIAN menggunung Wolverhampton mencipta kejutan terbesar di pentas Liga Europa tersentak apabila tewas kepada Sevilla yang meraih kemenangan saat akhir di Duisburg.

Pasukan bimbingan Nuno Espirito itu berpeluang mendahului lawan tetapi sepakan penalti minit ke-13 diambil Raul Jimenez diselamatkan penjaga gawang.

Wolves yang bergelut mencipta serangan dan semuanya digagalkan oleh pertahanan Sevilla akhirnya kecewa gol Lucas Ocampos
yang memastikan pasukannya membuat temujanji dengan Manchester United di babak separuh akhir Liga Europa.

Wolves juga tidak akan bermain di pertandingan Eropah musim depan selepas menamatkan kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris.

Sevilla, juara lima kali kini merakam rekod tanpa kalah sebanyak 19 perlawanan dalam semua kejohanan, akan bertemu skuad Ole Gunnar Solskjaer in Dusseldorf pada Isnin ini
Sementara Inter Milan atau Shakhtar Donetsk akan menanti pemenang di pentas final.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d