
JUVENTUS mengesahkan telah melantik bekas pemain legenda kelabnya, Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu Bawah-23.
Berusia 41 tahun, Pirlo dianggap sebagai salah satu pemain terbaik dari generasinya, sejak bersara sebagai pemain pada tahun 2017.
Pirlo mengumpulkan 116 cap untuk Itali, serta membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2006.
Dia juga meraih gelaran Serie A sebanyak empat kali bersama Juventus selepas berhijrah dari AC Milan, dan melakar kenangan manis menjulang dua kali Liga Juara-Juara Eropah dan dua piala liga.
Pirlo meninggalkan Juventus pada 2015, menghabiskan karier dengan Kelab Major League Soccer (MLS) iaitu New York City FC.
Add Comment