Antarabangsa Bola Sepak Semasa

ManCity kelirukan CAS ?

KELAB Manchester City mengeluarkan kenyataan selepas akhbar Jerman, Der Spiegel mendakwa ada lagi e-mel baru yang menimbulkan keraguan terhadap keputusan CAS.

Manchester City telah mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas kepada akhbar Jerman, Der Spiegel yang mendakwa memiliki bukti baru bahawa mereka telah mengelirukan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Der Spiegel sebelum ini mendakwa tujuh e-mel yang digodam menunjukkan City telah menyamar pelaburan pemilik sebagai pembayaran tajaan, yang secara langsung menyebabkan UEFA melarang pasukan kendalian Pep Guardiola itu daripada bermain Liga Juara-Juara selama dua musim dan mendenda €30 juta Euro.

Namun, pada 13 Julai lepas, pihak CAS mengumumkan bahawa City telah diberi penangguhan dan dibenarkan kembali ke pertandingan Eropah dengan denda mereka dikurangkan menjadi €10 juta Euro.

E-mel terbaru ‘dibocorkan’ oleh Der Spiegel adalah berkaitan dengan penajaan oleh syarikat Abu Dhabi kepada Manchester City, yang didakwanya menimbulkan keraguan terhadap penghakiman CAS.

The Guardian melaporkan bahawa dalam salah satu e-mel tersebut, seorang perwakilan City menyatakan dia ‘meneruskan’ syarikat penerbangan Etihad sebanyak £91 juta daripada £99 juta kepada pihak kelab atas tajaannya, dengan Etihad hanya memberikan £8 juta.

City, yang melepaskan gelaran Liga Perdana Inggeris kepada Liverpool tahun ini setelah menjuarai dua musim sebelumnya, enggan memberi komen mengenai isi e-mel baru itu.

City tetap mempertahankan tindakan yang mereka ambil sejak ‘kebocoran’ pertama pada bulan November 2018 bahawa e-mel mereka adalah ‘diperoleh secara jenayah’.

Sumber Spiegel, Rui Pinto, yang didakwa melakukan penggodaman komputer di negara asalnya di Portugal, yang dinafikannya, juga membantah dia mendapatkan e-mel tersebut dengan cara jenayah.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: