Foto : Facebook Jason Sancho
SETELAH lama mendiamkan diri pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akhirnya memberi komen khabar angin mengenai Jadon Sancho.
Tetapi, jawapan yang diberikan oleh lelaki kelahiran Norway itu agak kelakar dan tidak seperti dijangka peminat.
Dalam satu wawancara untuk Viasport bersama pengacara, Jan Aage Fjortoft, Solskjaer ditanya berkaitan perancangan Manchester United pada bursa perpindahan pemain.
Jan Aage kemudian merujuk kepada pemain muda Borussia Dortmund.
“Ha ha. Saya sebetulnya hebat dalam matematik, tapi kali ini, saya tidak boleh menjawab pertanyaan itu, Jan Aage. Ada banyak pemain bagus dalam pasukan. Kenapa harus Dortmund?” kata Soslkjaer yang dipetik dalam Manchester Evening News.
Sebenarnya, The Red Devils memang bersungguh-sungguh ingin mendapatkan khidmat Sancho, pemain asal dari akademi Manchester City.
Tetapi, harga pemain asal Inggeris itu berada pada angka 100 juta pound sterling jika dibeli pada bursa perpindahan musim panas ini.
Tidak keterlaluan harga diletakkan Sancho kerana pemain yang diminati Manchester United itu telah menghasilkan 17 gol dan 17 umpanan dalam 32 penampilan di Bundesliga musim ini.
Add Comment