Bola Sepak

naib presiden kafa letak jawatan

Keputusan drastik itu menyaksikan pemangku presiden, Datuk Shaari Mat Hussain bersama barisan exco mereka berdepan tugas sukar untuk untuk memulihkan reputasi persatuan yang sarat dengan hutang itu.

Mohd Rowi memgambil keputusan drastik meletak jawatan.

SELEPAS dua pemimpin tertinggi mengambil keputusan ‘berehat’ baru-baru ini, pentadbiran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus goyah apabila salah seorang naib presidennya meletak jawatan, berkuat kuasa hari ini.

Menerusi sepucuk surat yang tular dilaman sosial hari ini, Datuk Mohd Rowi Dollah mengumumkan berundur secara mengejut daripada barisan kepimpinan badan induk bola sepak Kelantan itu.

Keputusan drastik itu menyaksikan pemangku presiden, Datuk Shaari Mat Hussain bersama barisan exco mereka berdepan tugas sukar untuk untuk memulihkan reputasi persatuan yang sarat dengan hutang itu.

Mohd Rowi menerusi surat berkenaan memaklumkan tindakan beliau berundur kerana tidak dapat memberi komitmen terhadap KAFA selain nama beliau telah disenarai hitam akibat kes lama yang membelenggu persatuan itu.

“Setelah meneliti keadaan semasa terutama daripada segi kekangan masa sebagai usahawan, saya tidak dapat memberikan komitmen terhadap pengurusan KAFA sebagai naib presiden dan tidak dapat membantu mendapatkan penajaan kewangan untuk menguruskan pasukan TRW (Team Red Warriors).

“Keputusan ini diambil atas sebab nama saya telah disenarai hitam CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) Bank Negara atas sebab tunggakan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) pemain serta tindakan mahkamah oleh Prestige Sport Sdn Bhd pada tahun 2018,” katanya.

Pada 28 Jun lalu, Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah memutuskan ‘berehat’ sementara waktu daripada mengetuai pentadbiran persatuan berkenaan.

Sebelum itu, pada 21 Mei lalu, Pengarah Urusan TRW Sdn Bhd merangkap Bendahari KAFA, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari menjadi individu pertama melepaskan jawatan selepas menghabiskan lebih RM3 juta membayar hutang tunggakan gaji selain mengendalikan pasukan TRW menerus syarikatnya, After Image Sdn Bhd.

Jelas beliau lagi ekoran impak tersebut telah mengganggu dan menjejaskan urusan perniagaannya terutama melibatkan sektor kewangan.

“Terima kasih kepada semua kepimpinan KAFA di atas sokongan dan diberikan kerjasama yang diberikan.

“Saya mendoakan pengurusan KAFA dapat meneruskan kesinambungan untuk terus membangunkan bola sepak Kelantan,” ujarnya lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: