Bola Sepak Semasa

mfl JALIN KERJASAMA JAYAKAN eSUKAN

Ab Ghani (dua,kanan) pada majlis pelancaran Undian eMFL

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan kerjasama dengan salah satu jenama terbesar dalam industri permainan video, penerbit Siri Permainan FIFA, Electronic Arts dalam usaha bersama untuk mewujudkan eMalaysian Football League (eMFL), kejohanan eSukan liga bola sepak elektronik rasmi di Malaysia.

MFL menjadi liga kedua di Asia yang bekerjasama dengan Electronic Arts untuk menganjurkan acara liga esukan selepas Piala eMBS Arab Saudi. MFL bersama EA akan bersama-sama menganjurkan eMFL yang akan menjadi liga rasmi dan akan dimainkan di platform Playstation 4 menggunakan FIFA20.

Matlamat kerjasama antara kedua-dua pihakadalah untuk menyediakan platform untuk pemain terbaik FIFA20 Malaysia untuk meningkatkan karier mereka di kejohanan esukan bola sepak elektronik peringkat tertinggi sambil mewakili salah satu daripada 12 kelab dari CIMB Liga Super MFL iaitu Johor Darul Ta’zim, Selangor, Melaka, Sabah, UiTM FC, PDRM FA, Pahang, Perak, Felda United FC, Terengganu FC, PJ City FC, dan Kedah.

MFL juga telah melantik GB Esports Sdn Bhd yang merupakan penganjur kejohanan esukan terkemuka untuk segmen kategori konsol di Malaysia sebagai rakan esukan eksklusifnya untuk bersama-sama mengurus dan mempromosikan kejohanan eMFL.

Kerjasama antara MFL dan GB Esports Sdn Bhd ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet esukan FIFA ke peringkat antarabangsa. Untuk kejohanan sulung ini, eMFL akan ditaja oleh TM sebagai Rakan Strategik, BenQ sebagai Penaja Rasmi Monitor dan disokong oleh Esports Kuala Lumpur (ESKL).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan memberitahu, beliau percaya kejohanan eMFL ini bukan sahaja menaikkan nilai komersial FIFA dalam sukan elektronik di negara sebaliknya generasi muda kini memiliki pilihan untuk menjadi jaguh permainan konsol itu secara profesional.

Jelas lagi Dato’ Ab Ghani, beliau percaya pertandingan eMFL ini dijangka mampu mengisi kerinduan penyokong-penyokong yang mahu menyaksikan Liga Malaysia kembali bersambung selepas ditunda sejak Mac lalu gara-gara pandemik COVID-19.

“Kejohanan eMFL adalah satu perkembangan baik untuk generasi muda. Kini, Liga Malaysia telah
berkembang dalam saluran digital di mana saya percaya generasi muda sekarang telah memiliki pilihan bukan sahaja menjadi pemain bola sepak sebaliknya boleh bergelar sebagai pemain sukan elektronik profesional.

“Harapan saya adalah mahu melihat setiap pemain bermain bersungguh-sungguh kerana sudah pasti mereka akan berusaha keras untuk menjaga prestij pasukan yang diwakili masing-masing.

“Jadi, sama-sama kita menyaksikan bakat-bakat pemain muda kita berentap dalam eMFL dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan kita sementara menunggu Liga Malaysia kembali bersambung,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: