
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta melihat kejayaan yang diraih Liverpool adalah hasil usaha keras dilandasakan tepat dan mempunyai langkah untuk membuat keputusan.
Pencapaian ini tidak dicapai oleh Liverpool tanpa proses dan pasukan dari Merseyside ini sentiasa menunjukkan peningkatan sebelum sah bergelar juara Liga Perdana Inggeris 2019/20.
Sejak memenangi Piala Super Eropah dan Piala FA pada tahun 2005/2006, Liverpool hanya memenangi Perisai Komuniti dan Piala Liga Inggeris sehingga musim 2017/2018. Dalam jangka masa itu, Liverpool menjadi naib juara lapan kali.
Jelasnya, Reds telah melalui perjalana yang jauh bermula sebuah kelab, satu pasukan dalam beberapa musim terakhir ini.
“Saya rasa mereka telah mewujudkan budaya kelab yang sangat jelas, yang dapat mereka salurkan kepada penyokong dan memupuk keyakinan.
“Mereka mempunyai falsafah yang sangat jelas mengenai bagaimana ingin bermain, menangani setiap permainan, dan mereka juga mempunyai rekrut yang sangat baik dari staf, jurulatih dan semua pemain yang direkrut secara khusus untuk cara permainan mereka. Tahniah kepada mereka,” kata Arteta kepada BBC .
Arteta yang merupakan bekas pembantu Pep Guardiola turut mengakui Liverpool memberikan inspirasi buat dirinya untuk mengatasi situasi sulit.
“Ya (mereka memberi inspirasi), kerana mereka berada dalam posisi yang sangat sulit empat tahun yang lalu dan membuat banyak keputusan yang tepat, beberapa keputusan yang sukar, beberapa keputusan yang tidak disukai, tetapi itu adalah keputusan yang tepat untuk mereka.
“Sangat konsisten, memiliki semangat dan mental yang sama untuk memenangi pertandingan,” tegasnya.
Add Comment