Antarabangsa Bola Sepak

Los blancos terajui la liga


Ramos (kanan) meledak gol kedua untuk memastikan tiga mata penuh. (Foto : FB Real Madrid CF)

REAL Madrid kini mempimpin La Liga 2019/20 selepas berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan Real Mallorca 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Alfredo Di Stefano, awal pagi tadi.

Gol hasil jaringan Vinicius Junior pada minit ke 19 dan Sergio Ramos (m-56) menyaksikan mereka kembali berada di puncak La Liga meskipun terikat 68 mata bersama musuh tradisi, Barcelona berikutan kelebihan rekod pertemuan yang dimiliki skuad bimbingan Zinedine Zidane tersebut.

Kejayaan itu merupakan kemenangan keempat berturut-turut buat Los Blancos selepas saingan liga kembali bersambung bermula 12 Jun lalu.

Bagi Junior, pertembungan ini umpama aksi Piala Dunia dan semua pemain perlu berada dalam prestasi terbaik.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan prestasi yang dipamerkan, semua pemain perlu bersedia setiap masa sebelum perlawanan,” ujarnya yang kini sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Keputusan perlawanan lain yang berlangsung awal pagi tadi :-

Real Sociedad 0 -1 Celta Vigo (Aspas m- 45-pen)

Alaves 0-1 Osasuna (Latorre m-64)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d