Bola Sepak Semasa

REDS HAMPIRI KEJUARAAN EPL 2019/2020

Salah (tengah) dan Mane (kanan) masing-masing meledak satu gol membantu kemenangan pasukan ke atas Crystal Palace, sebentar tadi. (Foto : ESPN)

LIVERPOOL tidak perlu menunggu untuk aksi seterusnya menentang Manchester City pada 3 Julai nanti untuk menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2019/2020 seandainya lawannya itu tercicir mata pada aksi menentang Chelsea di Stadium Stamford Bridge menentang Chelsea esok, pagi.

Tiga mata penuh yang diraih selepas menewaskan menewaskan Crystal Palace, 4-0 di Stadium Anfield, sebentar tadi meletakkan skuad bimbingan Jurgen Kloop dikedudukan terbaik untuk bergelar juara EPL 2019/2020.

Pada aksi di Anfield sebentar tadi, dua gol pada setiap babak hasil jaringan Alexander Arnold (m-23), Mohamed Salah (m-44) sebelum Fabinho dan Sadio Mane turut mencetakkan nama pada minit 55 dan 69 sudah cukup buat skuad bimbingan Jurgen Kloop yang kini hanya memerlukan tiga mata seterusnya untuk menamatkan penantian 30 tahun menjulang trofi kejuaraan.

Turun dengan barisan terkuat dengan kehadiran Salah dalam kesebelasan utama, sepakan percuma bek kanan The Reds, Alexander Arnold dari luar kotak penalti meletakkan tuan rumah dihadapan pada minit ke 23.

Salah terus membuktikan keputusan Kloop menurunkannya selaku kesebelasan utama tepat apabila dia menyempurnakan hantaran menarik dari Fabinho ketika perlawanan berbaki satu minit pada babak pertama untuk gol kedua pasukan.

Tuan rumah terus ghairah memburu gol pada babak kedua dan Fabinho memastikan The Reds terus selesa untuk gol ketiga pada minit ke 55 sebelum Sadio Mane melengkapkan malam gemilang Liverpool untuk gol ketiga selang 15 minit kemudian.

Liverpool kini gah memimpin liga dengan 86 mata selepas 31 perlawanan dan dibezakan 23 mata dengan Manchester City yang kini kurang satu perlawanan dan bakal berkunjung di Stamford Bridge menentang Chelsea esok.

Sementara itu pada aksi terdahulu, Manchester United tidak berdepan masalah membenam Sheffield United, 3-0, (Newcastle United 1-1 Aston Villa), (Norwich City 0-1 Everton) dan (Wolverhampton Wanderes (1-0 AFC Bournemouth).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: