
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini
membuat lawatan pemantauan pada hari pertama pendaftaran masuk atlet dan pegawai ke Kem Latihan Berpusat Program Road To Tokyo (RTT), Majlis Sukan Negara yang telah mendapat kelulusan kelonggaran khas daripada Mesyuarat Khas Menteri – Menteri Mengenai COVID-19 untuk latihan atlet elit selama sebulan dari 1 hingga 30 Jun 2020.
Jelas beliau, Kem Latihan Berpusat di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi, Kedah akan bermula 1 Jun 2020 manakala untuk Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ia hanya akan bermula pada 8 Jun 2020.
Katanya lagi, ia adalah untuk memberikan sedikit ruang dan masa tambahan untuk proses sanitasi dan persiapan asrama dapat dibuat dengan lebih teratur dan komprehensif ekoran penyerahan balik asrama di Casa 1 baru-baru ini.
“Lawatan kerja saya ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) d Bukit Kiara
adalah untuk melihat dan memantau sendiri perjalanan perdaftaran dan
proses kemasukan pegawai, atlet dan jurulatih ke lokasi latihan berpusat
tersebut.
“Semua proses pendaftaran telahpun berjalan dengan lancar seperti
dirancang tanpa sebarang kesulitan,” katanya menerusi kenyataan.
Jelas Reezal Merican, aspek keselamatan dan kesihatan atlet-atlet dan semua yang terlibat dalam kem latihan berpusat tersebut serta pematuhan ketat kepada garis panduan standard (SOP) (quarantined-based) telah memberi keyakinan kepada KBS, KKM dan MKN ketika kelulusan untuk kelonggaran khas diberikan oleh pihak
kerajaan.
“Jumlah atlet yang telah melaporkan diri pada hari ini di Akademi Badminton
Malaysia (ABM), Bukit Kiara termasuklah jurulatih, pegawai dan sokongan
seramai 38 orang (termasuk 8 atlet olimpik, 1 atlet paralimpik dan 9 sparring
partner).
“Jumlah orang yang telah melaporkan diri ke Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi, Kedah adalah seramai 24 orang (termasuk 4 atlet, 4 sparring partner),” katanya.
Menurut beliau lagi, semua yang terlibat dengan Kem Latihan Berpusat ini akan menjalani beberapa proses saringan sebaik melapor diri.
“Pertama, menjalani ujian swab pada hari pertama pendaftaran.
“Kedua, menjalani self kuarantin di bilik asrama dari hari pertama sehingga keputusan ujian diperolehi pada hari kedua atau ketiga selepas ujian dan terakhir menjalani ujian swab pada hari kelima (Pre Symptom) dan ujian swab hari ke 13 (Non Symptom),” katanya.
Add Comment