Uncategorized

MOM sokong keputusan IOC tangguh Sukan Olimpik Tokyo 2020

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil perhatian khusus mengenai kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Presidennya, Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, MOM menyokong sepenuhnya keputusan IOC untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 hingga tarikh tidak lewat dari musim panas tahun 2021.

“Kami akan mempertimbangkan implikasi bagi atlet sepanjang hari-hari mendatang dengan berunding dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing.

“Kami gembira kerana keputusan ini diambil sekarang, bukan kemudian. Kebimbangan utama kami ialah keselamatan dan kesejahteraan para atlet dan kami berempati dengan para atlet yang layak untuk Tokyo 2020,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Mohamad Norza berkata, mereka yakin ia satu peluang baik kepada para atlet untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang ditunda.

“Apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, keutamaan kami sebagai komuniti sukan adalah untuk menyokong Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk menghapuskan ancaman COVID-19, dengan kesejahteraan dan keselamatan atlet lebih diutamakan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan antarabangsa dan tempatan yang relevan untuk memastikan kepentingan atlet kami dilindungi,” katanya lagi

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: